• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Didakwa Serang Pegawai Imigresen Melaka

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan secara bersama menyerang seorang pegawai imigresen Melaka di Melaka Raya, pada bulan lepas.

Pang Chian Chuen, 30, bekerja sebagai penjaga spa, Victor Frank Bateman, 24, seorang juruwang, dan Mohd Fadzlinuddin Mohd Haris, 35, seorang pengawal keselamatan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mereka didakwa bersama beberapa orang yang masih bebas menyerang Mohd Yusof Hashim, pegawai imigresen yang sedang menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Hiburan Ninety Eight Bar & Karaoke yang beralamat No 12 & 14, Jalan Melaka Raya 33, Taman Melaka Raya di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 30 Sept lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohd Firdaus kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 4 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid, dan semua tertuduh diwakili peguam Faiedzad Razali. – BERNAMA

Tags: Imigresenmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd