• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Wabak Denggi Selepas Jerebu

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Setelah mengalami kesan jerebu, kini orang ramai perlu berhati-hati dengan wabak demam denggi menjelang beberapa bulan akan datang.

Kenaikan kes seperti ini dijangka berlaku berikutan ‘fenomena El Nino paling teruk di kepulauan Pasifik dalam tempoh hampir 20 tahun’.

Cuaca panas dan kering yang tidak teratur sudah menyumbang kepada jerebu hingga menjejaskan negara-negara dan lain di rantau ini ekoran kebakaran hutan luar kawalan di Indonesia.

Pasukan penyelidikan antarabangsa mendapati bahawa suhu tinggi El Nino boleh mewujudkan keadaan yang sesuai untuk wabak denggi berskala besar tersebar ke seluruh kawasan yang luas.

Kajian ini meliputi Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Filipina.

Dikhuatiri wabak ini boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan di negara-negara terjejas jika ia berlaku tanpa diduga, demikian menurut kajian tersebut.

Prof Emeritus Datuk Dr. Lam Sai Kit iaitu seorang perunding penyelidikan di Universiti Malaya berkata, kesan penuh El Nino akan dirasai pada tahun akan datang dan dengan itu, kenaikan kes denggi juga dijangka berlaku.

“Buat masa ini, bilangan kes-kes di beberapa negeri telah meningkat dua kali ganda,” katanya ketika dihubungi pada Rabu sambil menambah bahawa Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan senario terburuk.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata usaha untuk memerangi denggi telah ditingkatkan sebelum El Nino.

Katanya kes denggi cenderung untuk naik mendadak pada awal dan akhir setiap tahun.

Namun beliau akui berlaku peningkatan kes denggi di pertengahan tahun pada tahun lalu. – mStar Online

Tags: demam denggiJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd