• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas MB Selangor Dedahkan PKR Sedang Bergolak

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha dari ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menubuhkan parti baharu.”

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu berlaku kerana pemimpin PKR sedia ada gagal menguruskan parti dengan baik.

Beliau yang juga bekas pemimpin PKR bagaimanapun menafikan terlibat dalam usaha ramai pemimpin PKR untuk menubuhkan parti baharu berkenaan.

“Langkah itu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yang seimbang.

“Saya percaya usaha pihak terbabit akibat dari kegagalan PKR mengurus parti. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Khalid dalam pada itu mengkritik penubuhan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur pada Jun lalu akibat krisis dalaman yang berlaku diantara parti-parti gabungannya.

Menurutnya, parti-parti Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) gagal menyediakan wadah yang kondusif dan inklusif.

“Meskipun demikian saya lebih suka mengambil pendekatan untuk melihat perkara ini dari luar dan tidak langsung terlibat di dalam usaha mewujudkan gerakan pihak ketiga tersebut,” katanya.

Sebelum ini sekumpulan pemimpin kanan PKR dilaporkan sedang membentuk kartel bagi merancang komplot menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Seramai 25 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR turut membuat petisyen untuk menolak kepimpinan Azizah kerana tidak berpuas hati dengan pembentukan Pakatan Harapan.

Abdul Khalid dalam pada itu menegaskan akan menumpukan kepada usaha memberi pandangannya dari segi memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia yang kini diasak dari dalam dan luar negara.

“Saya juga masih menunggu keputusan aduan saya kepada Pendaftar Pertubuhan berkenaan tindakan PKR memecat saya secara tidak sah dan tidak menurut peruntukan Perlembagaan parti,” katanya.

Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR kerana mahu memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Ia berikutan tindakan Abdul Khalid meneruskan rundingan dengan kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah krisis air yang membelenggu rakyat Selangor sejak sekian lama walaupun dilarang oleh PKR.

Wan Azizah bagaimanapun tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi Menteri Besar Selangor menyebabkan PKR terpaksa mencalonkan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd