• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Alat Kelamin Lelaki Kahwin Lari Dengan Adik Perempuan

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Dua lelaki di negeri Madhya Pradesh, India telah memotong alat kelamin seorang lelaki yang kahwin lari dengan adik perempuan mereka.

Polis berkata insiden itu berlaku di Berasia, pinggir bandar Bhopal pada Selasa.

Dua beradik itu, Rakesh dan Suresh Kushwaha tidak menyenangi Bhupendra Jain, 28, sejak dia kahwin lari dengan adik mereka Babli, lapor Hindustan Times yang memetik kenyataan pegawai polis.

Jain, dari kampung Garethia Dangi kira-kira 40 kilometer dari Bhopal telah berkahwin dengan Babli tanpa restu keluarga perempuan.

Pada Selasa Jain telah dipanggil oleh abang-abang Babli ke rumah keluarga perempuan di Mahuakheda untuk mengadakan perbincangan tetapi berakhir dengan pertelingkahan.

Rakesh dan Suresh telah berjanji kepada pasangan pengantin bahawa mereka akan diraikan dalam majlis perkahwinan mengikut adat agar hubungan mereka mendapat pengesahan sosial.

Bagaimanapun tercetus pertengkaran sengit apabila Jain tiba di rumah keluarga perempuan.

Menurut polis dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dengan pisau dan memotong alat kelamin mangsa.

Jain telah dikejarkan ke hospital berdekatan, tetapi kemudiannya dipindah ke Hospital Hamidia di Bhopal.

Menurut polis, Jain seorang wakil perubatan, dan Babli sudah berkahwin dan tinggal bersama, tetapi keluarga perempuan menyifatkan ia sebagai bersekedudukan yang menyebabkan mereka berasa malu. – BERNAMA

https://youtu.be/3vVXtzHYPYU

Tags: kelamin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aktor Wajib Pakai Kondom, Industri Filem Porno California Terjejas

18/12/2014
0

LOS ANGELES – Tindakan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan undang-undang California yang mewajibkan pelakon lelaki memakai kondom dijangka menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd