• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Buruh Rohingya Dipenjara 6 Bulan, Didenda RM10,000

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang buruh binaan etnik Rohingya hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM100 kepada pegawai Jabatan Imigresen Melaka, bulan lepas.

Hakim Amran Jantan turut memerintahkan Mohamad Babul Abd Satar, 27, dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa memberi suapan RM100 kepada Pegawai Imigresen Muhammad Aizat Ab Rahim daripada Jabatan Imigresen Melaka sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Mohamad Babul didakwa melakukan kesalahan itu di tapak projek pembinaan sebuah servis apartment Mukim Bukit Katil di sini pada 10.30 pagi, 2 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Fauzi Shadollah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pertuduhan dibacakan melalui khidmat seorang jurubahasa mahkamah.

Mohamad Babul dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana beliau penyara tunggal keluarganya yang terdiri daripada isteri, seorang anak, ibu dan bapa yang berada di Myanmar. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd