• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPP Perlis Rampas 63 Tenggiling Cuba Diseludup Ke Thailand

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis merampas 63 ekor tenggiling yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand dalam sekatan jalan raya di pos pemeriksaan Wang Kelian di sini, semalam.

Timbalan Komander 1 UPP Perlis, Hanizul Mohd Fathil berkata, dalam pemeriksaan rutin pada kira-kira 11 pagi itu, anggota UPP menahan sebuah kereta Honda bernombor pendaftaran Thailand dari arah Kaki Bukit menghala Wang Kelian.

“Sebaik keluar dari kereta selepas diminta oleh anggota bertugas, pemandu lelaki berusia 20-an (warga Thailand) terus lari ke dalam hutan tebal di seberang jalan pos berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, petang semalam.

Katanya, pemeriksaan pada ruang but kereta itu menemui 63 bungkusan plastik biru mengandungi 63 ekor tenggiling pelbagai saiz yang dipercayai dibawa dari Perak untuk diseludup ke Thailand.

“Tenggiling seberat 253 kilogram bernilai lebih RM91,000 itu, adalah rampasan terbesar, UPP tahun ini,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan haiwan eksotik itu dijadikan makanan selain tujuan perubatan tradisional dan bahan asas produk kecantikan.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Semua tenggiling berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: seluduptenggiling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd