Kesian kami melihat nasib budak malang yang baru berusia 3 tahun ini.
Badan kecil milik Muhammad Iqram ini ditumbuhi ketulan daging yang menimbulkan pelbagai keraguan terhadap penyakit pelik ini pada keluarga dan doktor yang merawatnya.
Menurut ibunya ,Suraya Hassan penyakit anaknya timbul apabila dia sedang membakar sampar berdekatan rumahnya hingga secara tiba-tiba satu letupan kecil kedengaran hingga terdapat serpihan memasuki tingkap rumahnya dan terkena anaknya.
Selepas kejadian itu, adik Muhammad Iqram yang melecur kecil di telinga kirinya seakan sembuh apabila daging baru tumbuh .
Namun kecederaan kecil itu berubah menjadi pelik apabila terdapat beberapa lagi ketulan daging kecil tumbuh di telinga kiri, dan lama- kelamaan ia tumbuh di seluruh badan anaknya.
Adik ,Muhammad Iqram yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa ini kelihatan tabah dan tidak mengadu sakit namun sering gatal-gatal akibat daging yang bertindih-tindih.
Kini ayahnya ,Hashim Hassan, cuba memulihkan anaknya dengan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan anaknya perlu menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan fizikalnya.
Pekerjaan Hasyim yang hanya bertukang dan tidak tetap menjadi faktor kesukaran untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk memulihkan penyakit misteri anaknya itu.
Menurut petikan Sinar Harian, pelbagai cara keluarga cuba memulihkan anaknya ,Muhammad Iqram demi melihat anaknya kembali normal seperti kanak-kanak lain
Berat bahu memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.Kami mendoakan semoga adik, Muhammad Iqram sembuh seperti sedia kala. - MYNEWSHUB
Oleh : KAKAK BUNGA



