• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef Sedia Beri Komitmen Bantu Bawa Masuk Pelarian Syria

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menyatakan kesediaan untuk memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membawa masuk 3,000 pelarian Syria ke negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyahut hasrat berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Khamis lepas.

“Ini kerana ia berlandaskan kepada hak keperimanusiaan yang akan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain yang terlibat dalam membantu mereka,” katanya selepas melancarkan ‘Malaysians United Run 2015’, di sini, hari ini.

Perdana Menteri menyatakan kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian yang menyebabkan tekanan sosial dan ekonomi kepada negara Eropah.

Hishammuddin berkata bentuk bantuan akan diputuskan Kementerian Dalam Negeri.

Mengenai ‘Malaysians United Run 2015’, Hishammuddin berkata program anjuran Institut Onn Jaafar itu diadakan julung kali bagi menyemai semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

Ditanya sekiranya situasi jerebu diambil kira, Hishammuddin berkata aras maksimum bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi program itu akan ditetapkan.

Katanya sejumlah 15,000 pelajar berusia 18 hingga 24 tahun dari 27 institusi pengajian tinggi tempatan akan terlibat dalam larian itu, sekaligus melakar nama dalam Malaysia Book of Records sebagai program larian sukarela melibatkan penyertaan terbesar pelajar institusi pengajian tinggi.

Larian sejauh empat kilometer itu akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 1 Nov ini dari 6.30 pagi sehingga 10 pagi dan akan turut disertai Hishammuddin. – BERNAMA

Tags: Hishammuddinpelarian Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd