BESUT – Seorang pesakit mental meninggal dunia setelah mengamuk di Kampung Gong Resam, Pasir Akar, Hulu Besut, malam tadi.
Lelaki tersebut yang berumur 40 tahun turut dilapor menikam dengan pemutar skru seorang anggota polis yang cuba menenangkannya dalam kejadian kira kira pukul 7 malam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata lelaki terbabit meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketika dirawat akibat kecederaan yang dialaminya.
Beliau berkata lelaki berkenaan pernah mendapat rawatan di Hospital Psikiatrik Kota Baharu sebelum ini. – BERNAMA

