• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Pegawai Bomba Kedah Dikenakan Tindakan Tatatertib

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sembilan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah dikenakan tindakan tatatertib termasuk tiga yang dibuang kerja atas pelbagai kesalahan disiplin sehingga Sept tahun ini.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin berkata tiga pegawai yang dibuang kerja dua bulan lalu itu melibatkan dua kesalahan membuat kenyataan keterlaluan di media sosial yang menyentuh isu sensitif dan satu kes atas kesalahan tidak hadir bertugas.

“Ini merupakan kali pertama pegawai dibuang kerja di Kedah kerana ia melibatkan kes berat yang telah menjejaskan nama individu, jabatan dan kementerian.

“Tindakan ini dibuat untuk membanteras gejala tidak sihat bagi menjaga nama baik jabatan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, enam lagi pegawai sedang menunggu proses tindakan tatatertib atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan ponteng kerja.

Beliau berkata tindakan itu merupakan teladan kepada pegawai dan anggota yang lain supaya tidak melakukan perkara sama dan sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak atasan, mereka boleh datang untuk berbincang.

Pada majlis tersebut Ahmad turut menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada 26 pegawai di seluruh Kedah dan meraikan 22 pesara bomba yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan terakhir di Kedah.

Sementara itu, Ahmad berkata keputusan Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) siri 1/2015 menunjukkan penurunan sebanyak 13 peratus berbanding siri 2/2014 dan ia merupakan perkara yang mendukacitakan.

“Untuk menjadi pegawai dan anggota bomba mereka perlu mempunyai badan yang sihat dan ideal kerana jika fizikal dan mental mereka rendah bagaimana mahu membantu mangsa yang berada dalam kecemasan.

“Kita telah merancang beberapa kursus khas dan latihan jasmani setiap Ahad bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd