• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Komando Didakwa Miliki Penerbitan Berkaitan Militan IS

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang anggota komando dari Kem Rejimen 21 Komando, Sungai Udang di sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, pada Ogos lepas.

Tertuduh Muhammad Adibzakir Zahri, 28, berasal dari Alor Setar, Kedah menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik.

Muhammad Adibzakir didakwa memiliki item iaitu penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan IS di Balai Polis Sungai Udang di sini pada 8.50 pagi, 19 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Mohd Asri menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula kes dan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: komandoMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd