• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Akan Terima 92 Bot Secara Berperingkat

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCom) akan menerima sebanyak 92 bot pelbagai untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Beliau berkata bot berkenaan termasuk bot pemintas, utiliti dan tempur itu akan ditempatkan di ESSCom secara berperingkat.

“Selain penambahan aset logistik itu, kerajaan juga bercadang untuk menambah kekuatan anggota di ESSCom yang diyakini mampu mempertingkatkan lagi keupayaan ESSCom dalam menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan di ESSZone.

“Kelulusan penambahan aset berkenaan menunjukkan Perdana Menteri dan juga kerajaan sangat serius dalam usaha memastikan keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di ESSZone terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke beberapa tempat di ESSZone termasuk pos kawalan di sekitar Lahad datu dan Semporna.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya bersama-sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat, Nur Jazlan berkata ia bertujuan untuk meninjau dan menilai serta mengenal pasti keperluan anggota keselamatan yang bertugas di ESSzone.

“Kita mahu pastikan sebarang keperluan semasa ESSCom dalam menjalankan agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan seperti penambahan balai polis di Karakit dan Pulau Bum Bum, penambahan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) serta kemudahan kuarters pegawai dan kakitangan agensi berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil lawatan dan tinjauan penilaian berkenaan akan diselaraskan dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diperhalusi serta mendapat pertimbangan sewajarnya dari kerajaan.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai keadaan Thien Nyuk Fun dan Bernard Then Ted Fen, dua mangsa yang diculik di Sandakan pada Mei lepas, Nur Jazlan berkata kedua kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Usaha untuk membebaskan kedua-dua mangsa sedang giat dijalankan dan apa yang penting mereka masih selamat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd