• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zed Zaidi Buat Sarjana & PhD, Mahu Jadi Artis Contoh

oleh AK-47
05/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), memaklumkan dia kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Meskipun mencabar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, tidak akan menpersia-siakan peluang yang diberikan oleh pihak universiti berkenaan.

“Saya terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Ini bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh lakukan atau pun tidak.

“Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka.

“Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang seni,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Zed, dia memilih untuk menyiapkan Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut secara kajian menyebabkan dia tidak perlu menghadiri kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan tugasan sebagai presiden Seniman dan pelajaran.

Sekadar maklumat, pelakon drama Sembilu ini juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: Zed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zed Zaidi Antara 4 Didakwa Sebar Berita Palsu COVID-19

21/02/2020
0

SEPANG - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari...

Sebar Berita Palsu Coronavirus, Zed Zaidi Dipanggil SKMM

01/02/2020
0

CYBERJAYA - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil, hari ini, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd