• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Tawar Penempatan, Pekerjaan & Pendidikan Untuk Pelarian Syria

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka semasa berada di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap keperimanusiaan dan keprihatinan kerajaan serta rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa warga Syria.

“Yang penting adalah perlindungan kepada mereka dan keluarga, dan kita akan memikirkan beberapa pendekatan tentang memberikan pendidikan untuk anak anak mereka juga.

“Kita gunakan pengalaman lalu supaya penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara dapat diberikan kepada mereka sehingga keadaan (kembali) aman di Syria dan mereka dapat pulang ke negara asal,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Ekstremisme Ganas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika berucap pada sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis, mengenai kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Najib berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat Syria terpinggir yang melarikan diri dari negara mereka dalam jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia mempunyai pengalaman dalam memberikan bantuan kepada rakyat negara bergolak termasuk Bosnia Herzegovina sehingga diberikan pujian di peringkat antarabangsa.

“Kita dapat lihat pelajar Bosnia ketika itu yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa kini sudah menjadi pemimpin utama di Bosnia dalam politik dan korporat serta (ada juga yang menjadi) profesional,” katanya.

Justeru itu, katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama perlu memberikan sokongan kepada rancangan Malaysia membantu rakyat Syria berkenaan.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen akan menguruskan kemasukan pelarian Syria melalui Akta Imigresen sedia ada.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan mengadakan kerjasama dengan International Organisation for Migration dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi mengeluarkan kad pelarian yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Ditanya bila pelarian berkenaan tiba di Malaysia, katanya beliau akan mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri selepas beliau pulang dari luar negara.

“Lokasi penempatan rakyat Syria berkenaan juga belum diperincikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelarian SyriaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd