• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan Sebahagian Lebuhraya Duke Sempena Larian SCKLM 2015

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian jajaran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah Hulu Kelang ke persimpangan Jalan Kuching akan ditutup bermula 11 malam, Sabtu ini (3 Okt) hingga 11 pagi hari berikutnya bersempena penganjuran Larian Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKLM 2015).

Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), pemegang konsesi bagi Lebuhraya DUKE, dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan beberapa laluan susur masuk dan lencongan lebuh raya.

Kawasan itu termasuk susur masuk di Persimpangan Hillview dari Hulu Kelang ke Ampang, Persimpangan Hillview dari Ampang, bulatan Jalan 37/56 Taman AU2 Keramat, Jalan Jelatek, Wangsa Maju, Jalan Semarak (PULAPOL & MINDEF) dan di Jalan Ayer Jerneh, Setapak.

Turut terlibat ialah susur masuk melalui tanjakan Jalan Pahang bagi kedua-dua arah menghala ke Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Batu, tanjakan Sentul berhampiran Plaza Ong Tai Kim dan persimpangan lampu isyarat Bandar Dalam.

Sementara laluan utama dari arah Greenwood/Karak akan dilencongkan ke Persimpangan Bandar Dalam, Bandar Baru Sentul dan Jalan Gombak.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua langkah keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

“Pada jangkaan awal pihak kami, penutupan jajaran lebuh raya ini akan dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas setelah mendapat kebenaran daripada pihak Polis Trafik Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Hotline DUKE di talian 03-6251 3100 atau Hotline Gerakan Trafik di talian 03-2071 9777 untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Dukemarathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Tercampak Keluar Kereta, Jatuh Jejambat

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun retak peha kaki kiri selepas terhumban ke bawah jejambat apabila kenderaan dipandu...

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd