• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Iran: PM Israel Renung Tajam Delegasi PBB 45 Saat

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PBB, NEW YORK – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menzahirkan kemarahannya tentang ancaman Iran sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menempelak badan dunia itu kerana dakwanya memberi layanan berbeza dalam isu ancaman Iran untuk memusnahkan Israel, khususnya mengenai perjanjian nuklear yang hanya akan menjadikan Iran lebih berkuasa.

Dalam ucapan tegas menurutnya, perjanjian itu ‘tidak akan memberi harapan kepada keamanan’, sebaliknya bantuan berbilion-bilion dolar tersebut melonjakkan kemungkinan untuk berlaku peperangan.

Malah beliau mendakwa, Iran kini semakin meningkatkan tekanan dengan sokongan jelas kepada pemimpin Syria, Bashar Al-Assad; sekutunya Hezbollah dan Hamas serta membina rangkaian keganasan di seluruh dunia.

“Diam yang ketara. Diam yang membisukan,” tegas Netanyahu diikuti dengan merenung tajam para delegasi PBB selama kira-kira 45 saat sebagai penekanan kepada ucapannya.

Ancaman militan Negara Islam (IS), kata beliau, namun telah ‘mendekatkan’ Israel dan tetangga Arab bahkan dia berharap dapat membina kerjasama dengan negara-negara tersebut.

Bagaimanapun, hubungan antara rejim Israel dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai hubungan paling penting.

“Perbezaan kita mengenai perjanjian nuklear adalah ibarat perselisihan pendapat dalam keluarga,” ujarnya yang mengulang kata Presiden AS, Barack Obama.

Netanyahu mengambil giliran berucap di PBB pada Khamis sehari selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata Israel sebagai negara ‘Aparteid’ selain mengugut untuk batalkan semua perjanjian sedia ada dengan Israel. – astroawani.com

http://vod.astroawani.com/mp4/2015-10/netanyahu_34799_19203_388.mp4
Tags: IsraelPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd