• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tasha Shilla Nafi Dirinya Disenarai Hitam Stesen TV

oleh AK-47
10/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi, pelakon sensasi, Tasha Shilla memberitahu dia tidak pernah menyesal dengan gosip panas yang dikaitkan dengannya itu.

Sebaliknya, apa yang terjadi membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus maju dalam industri hiburan.

“Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini.

“Saya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengingati setiap perkara yang telah berlaku. Bohong kalau saya kata seandainya saya tidak kecewa, sedih dan tertekan dengan apa yang telah berlaku tetapi semuanya itu hanya sementara sahaja,” kata Tasha kepada portal The Rakyat Post.

Sementara itu, timbul desas-desus yang menyatakan Tasha kini telah telah disenarai hitam oleh semua stesen televisyen ekoran kontroversi yang berlaku.

Bagaimapan, pelakon Nasuha ini menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya sedang berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon hampir tiga bulan lalu.

“Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja.

“Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post

Tags: Tasha Shilla
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Tasha Temu Pakar Akibat Sukar Tidur, Rasa Tak Tenang

09/11/2018
0

PELAKON Tasha Shilla mendedahkan dia mengalami masalah kesukaran tidur, sentiasa memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan emosi kurang stabil sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd