• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Herba Dijangka Meningkat Kepada RM1.3 Bilion

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai eksport herba yang meliputi produk terproses dijangka meningkat kepada RM1.3 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang melalui Dasar Agromakanan Negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sehingga 2010, nilai export herba hanya sebanyak RM152 juta.

“Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dalam mencapai sasaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herba Asia 2015, di sini, hari ini.

Tajuddin menggesa penggiat industri meningkatkan penyelidikan dan pembangunan di samping memperhebat penghasilan barangan herba bagi tujuan eksport.

Dasar Agromakanan Negara bagi tempoh 2011 hingga 2020 bertujuan menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan, menjadikan industri agromakanan berdaya saing dan mampan, selain meningkatkan tahap pendapatan kumpulan sasar.

“Kita telah memperuntukkan RM50 juta di bawah skim geran penyelidikan Bidang Ekonomi Utama Negara herba (NRGS) tahun ini dan hampir keseluruhan jumlah itu telah dimanfaatkan,” katanya.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Sejak NRGS diperkenalkan pada 2010, sebanyak 122 projek penyelidikan dan pembangunan diluluskan dan dilaksanakan oleh pelbagai institusi penyelidikan dan pengajian dalam negara.

Geran berkenaan turut ditawarkan kepada syarikat peneraju untuk menjalankan ujian pra-klinikal dan klinikal.

Sehingga kini 14 buah syarikat peneraju dengan 27 jenis barangan berada di fasa pengujian.

Tajuddin berkata kementerian tersebut lebih menumpukan kepada penghasilan bernilai tinggi seperti barangan farmaseutikal dan nutraseutikal.

Pameran Perdagangan dan Persidangan Herba Asia 2015 selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 200 pempamer tempatan dan antarabangsa seperti Australia, Korea Selatan dan Indonesia.

Antara fokus utama adalah perubatan alternatif, makanan dan minuman kesihatan, barangan kecantikan atau kosmetik, barangan organik dan teknologi hijau serta spa dan kesejahteraan gaya hidup. – BERNAMA

Tags: herbaPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd