• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabas Adakan Operasi Bil Tertunggak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) menasihatkan orang ramai supaya menjelaskan bil tertunggak masing-masing dengan segera.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred berkata, pihaknya sedang mengadakan operasi bil tertunggak bagi bulan Oktober 2015 di beberapa kawasan.

“Operasi sedang dijalankan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pg8 (MJsyab_c1121730_14723_594
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred (tengah) sedang mengadakan operasi bil tertunggak bagi bulan Oktober 2015 di beberapa kawasan.

Priscilla berkata, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak mereka.

Menurutnya, jika tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan dan caj penyambungan semula masing-masing sebanyak RM35.00 (tidak termasuk cukai cukai barang dan perkhidmatan 6 peratus) sebelum penyambungan semula dibuat.

“Caj-caj yang dikenakan tersebut bukan denda atau penalti kerana ia merupakan caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna.

“Ia seperti yang diwartakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006), iaitu Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2014 dan masih digunapakai sehingga kini,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut supaya melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

“Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore) untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung operasi bil tertunggak ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd