• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Yuen Yuet Leng Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Yuen Yuet Leng yang turut memainkan peranan penting sehingga tercapai Rundingan Damai Haadyai pada 1989 yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau berumur 88 tahun.

Isteri mendiang, Puan Sri Linda Yuen, 68, berkata suaminya meninggal di rumah anak perempuan mereka di The Mines, Seri Kembangan dan mayatnya akan ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras.

Yuen dikatakan tidak sihat sejak beberapa tahun lalu.

Mendiang meninggalkan dua orang anak perempuan dan dua orang cucu.

chen-peng_yuen

Yuen merupakan bekas pegawai cawangan khas yang sering ‘diburu’ pihak komunis semasa dan selepas zaman darurat serta bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak mulai 1981 sehingga beliau bersara pada 1984.

Sebelum itu beliau menyandang jawatan Ketua Polis Perak pada 1975.

Mendiang yang dilahirkan di Larut Matang, Perak menyertai pasukan polis pada 1950 ketika berumur 23 tahun.

Sebahagian karier beliau bertumpu kepada tugas sebagai pegawai cawangan khas di zaman darurat.

Yuen bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor telah memainkan peranan penting dengan pergi ke China untuk bertemu dengan pemimpin PKM seperti Chin Peng, Abdullah C.D dan Rashid Maidin, sehingga akhirnya tercapai Rundingan Damai Haadyai yang menyaksikan pembubaran PKM.

Beliau turut menghasilkan dua buah buku mengenai pengalamannya bertugas dalam pasukan polis yang bertajuk ‘Operasi Ginger’ pada 1998 dan ‘Nation Before Self’ pada 2008. – BERNAMA

RIP - Tan Sri Yuen Yuet Leng

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd