• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Jalan Petaling: Duta China Kena Buat Penjelasan Rasmi

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Duta Besar China di Malaysia, Dr. Huang Huikang diminta untuk membuat penjelasan secara rasmi jika kenyataannya yang dikeluarkan ketika melawat Jalan Petaling di ibu negara baru-baru ini telah disalah tafsir.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan berkata, ia merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikannya di sini pada Rabu.

Beliau menegaskan tindakan Wisma Putra memanggil duta tersebut merupakan amalan biasa mengikut saluran diplomatik, bertujuan meminta penjelasan Huikang mengenai kenyataannya ketika melawat jalan itu tempoh hari.

“Wisma Putra cuma ingin meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya itu telah disalah tafsir atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara di sini Khamis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata jika Huikang telah mengeluarkan kenyataan di Jalan Petaling seperti dilaporkan, maka Wisma Putra akan menasihatinya agar tidak campur tangan hal ehwal dalaman politik negara.

Katanya, perkara itu malah termaktub dalam Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Baca: Duta China Tersilap Cakap Atau Tercakap Silap?

Juga: Wisma Putra Bantah Komen Duta China Isu Jalan Petaling

main_2609_p1_adn_1

“Jika Duta Besar China menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah tafsir pihak tertentu, Wisma Putra akan meminta beliau untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara sebenar berlaku,” kata Ahmad Zahid.

“Walaupun duta China mengeluarkan beberapa kenyataan di akhbar berbahasa Mandarin, tetapi pendirian jemaah menteri dan Wisma Putra supaya kenyataan rasmi perlu dikeluarkan duta China itu agar persepsi lawatan itu dapat diperbetulkan,” katanya.

Wisma Putra sebelum ini dilaporkan memanggil Huikang untuk meminta penjelasan daripada beliau sendiri tentang kenyataan yang dibuat semasa mengadakan lawatan ke Jalan Petaling.

Pada Isnin lalu, Dr. Huang mengadakan pertemuan dengan Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap semua pihak menghentikan polemik mengenainya dan tidak terperangkap dengan kenyataan yang diputar belit beberapa pemimpin parti pembangkang dalam media sosial mereka.

Ahmad Zahid berkata Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan China, termasuk beberapa perjanjian bilateral dan persefahaman serta menghargai sumbangan negara China kepada Malaysia.

“Dr. Huang juga merupakan seorang daripada Duta Besar China yang terbaik pernah dihantar berkhidmat di Malaysia. Saya menghargai sumbangan beliau bagi mengeratkan hubungan baik antara Malaysia-China,” katanya. – BERNAMA

Tags: duta chinaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd