• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Facebook Perkenalkan Video Pendek Jadi Gambar Profil

oleh AK-47
02/10/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

FACEBOOK dari segi kronologi sejarah telah dimulakan pada 4 Febuari 2004 dan semenjak dari tarikh tersebut, laman sosial paling popular di dunia itu sudah berumur 11 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, sama ada dari segi pengenalan fungsi tertentu sehinggalah kepada perubahan antaramuka.

Terkini, bermula pada hari ini 1 Oktober 2015, Facebook mengumumkan kemas kini pada halaman profil pengguna yang lebih memfokuskan kepada paparan mudah-alih.

Melalui kemas kini yang diperkatakan, pihak pentadbir Facebook memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna untuk mengekspresi keadaan diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada tetapan baharu ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil pengguna.

Ia sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan secara tidak langsung menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa dalam format pegun.

Di samping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara seperti khusus sempena hari Raya dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal.

temporary-profile-pic_vacation

Kemaskini baharu untuk profil ini turut membawakan rekaan yang baharu, di samping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain.

Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Facebook

Tags: aplikasifacebook
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd