• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren Laju Makkah-Madinah Ganti Operasi Bas Akhir 2016

oleh
03/03/2018
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Kereta api berkelajuan tinggi Haramain akan menggantikan khidmat kebanyakan operasi bas ekspres yang membawa para jemaah haji dan umrah antara kota suci Makkah dan Madinah, menjelang Disember 2016.

Sebanyak 35 buah tren laju tersebut akan beroperasi pada akhir tahun depan untuk manfaat lebih dua juta jemaah, menurut seorang pegawai Haramain seperti dipetik oleh sebuah akhbar tempatan Arab News baru-baru ini.

Setiap kereta api akan mempunyai 15 gerabak termasuk tiga gerabak kelas pertama. Tren buatan Sepanyol itu mampu menghubungkan dua bandar raya tersebut dalam masa 90 minit merentasi landasan sejauh 450 kilometer.

Kerja-kerja pembinaan akhir bagi operasi perkhidmatan kereta api laju Haramain itu pun sudah selesai dijalankan di stesen-stesen utama termasuk di Madinah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh dekat Makkah.

Manakala kerja-kerja di stesen-stesen kereta api di tanah suci Makkah dan Jeddah pula hampir selesai, menurut pegawai tersebut. Tren Haramain itu mampu bergerak pada kelajuan maksimum mencecah 360 kilometer sejam.

660x390photo_1319649235969-1-0

Baca: Kecoh Lawak ‘Prank’ Tren Laju Makkah-Madinah

Juga: Jemaah Bakal Guna Tren Laju Canggih Makkah-Madinah

8d4f5e6a197acae0160bc06e7f47d531_XL

Projek prasarana tersebut sepatutnya siap pada bulan lalu dan boleh digunakan sebagai pengangkutan untuk jutaan jemaah haji musim ini, namun terlewat ekoran beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Ujian khidmat kereta api Haramain juga sudah mula dijalankan di laluan-laluan tren antara Madinah dan Rabigh. Malah kerja-kerja pada sistem isyarat semboyan, prasarana elektrik dan sistem-sistem lain juga berjalan lancar.

Mula dibina sejak 2009 lalu, projek tren moden berkuasa elektrik Saudi Railways Organization (SRO) dengan landasan berkembar itu apabila beroperasi kelak mampu membawa sehingga 150,000 penumpang setiap hari.

Projek mega bernilai kira-kira 30.8 bilion riyal (RM28.6 bilion) itu menghubungkan dua kota suci utama umat Islam, Makkah dan Madinah menerusi terminal induk di Jeddah serta meliputi empat buah stesen persinggahan.

“Perjalanan antara Jeddah – Makkah akan ambil masa hanya setengah jam, sementara perjalanan antara Jeddah – Madinah pula hanya cuma sekitar dua jam,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiHajitren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd