• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Umum Dividen 6.40 Sen Bagi AS1M

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.40 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2015.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan AS1M itu membabitkan pembayaran sebanyak RM694.96 juta, 5.6 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM657.96 juta.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

“Jumlah pengagihan tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 395,036 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 10.9 bilion unit AS1M,” katanya pada sidang media sempena pengumuman pengagihan pendapatan itu, di sini.

Ahmad Sarji berkata sehingga 28 Sept, dana AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM813.57 juta.

Daripada jumlah tersebut, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang RM413.35 juta atau 53 peratus, manakala pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang RM233.75 juta atau 28.7 peratus.

Selebihnya sebanyak RM148.47 juta atau 18.3 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan AS1M.

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Oktober ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata jumlah pengagihan sebanyak 6.40 sen seunit itu lebih rendah berbanding 6.60 sen seunit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

b_pg07hamad
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman

“Ini berikutan situasi pasaran saham yang tidak menentu pada ketika ini. Bagaimanapun, jumlah agihan ini masih bersifat kompetitif berbanding 6.38 sen seunit sewaktu pertama kali AS1M dilancarkan,” katanya.

Setakat 28 Sept, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan sebanyak 12.9 peratus daripada 1,846.31 mata pada 30 Sept, 2014.

Kapasiti pengagihan yang mampu dibayar oleh PNB bagi setiap unit ialah 6.90 sen seunit.

Ditanya mengenai rancangan PNB bagi menangani keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, Hamad Kama Piah berkata syarikat itu sentiasa bersiap sedia dengan strategi jangka panjang.

“Kami mungkin menilai semula kedudukan sekarang untuk menambahkan lagi saham di bawah nilai kami dan memasukkannya ke portfolio kami.

“Asas kami masih kukuh, namun, kami akan cuba untuk menampungnya dengan ini (saham di bawah nilai) dan kami percaya saham ini akan mendapat pulangan pada masa hadapan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai saham berpotensi itu. – BERNAMA

Tags: PNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd