• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi Pintu Masuk Pelancongan Ke Kedah – Mukhriz

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN (Itali) – Kedah akan menggunakan Pulau Langkawi yang sudah tersohor di serata dunia untuk mempromosi produk pelancongan lain di negeri itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

“Apabila mereka (masyarakat luar) mengetahui Pulau Langkawi itu terletak di Kedah, barulah mereka berminat untuk menyertai produk pelancongan lain di negeri ini yang mana termasuk Sungai Batu, Lembah Bujang, Tasik Pedu dan Ulu Muda.

langkawi

“Ini semua kawasan-kawasan menarik yang saya ingat dalam kalangan pelancong di rantau Eropah ini yang mahu melihat semua yang boleh kita tawarkan,” katanya semasa ditemui pemberita Malaysia selepas mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia di Expo Milano 2015 di sini, pada Selasa.

Mukhriz berada di sini bagi mengetuai lawatan lima hari bermula Isnin, delegasi kerajaan Kedah ke Expo Milano 2015.

Lawatan itu turut disertai dengan keberangkatan Tengku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Tunku Puan Temenggong, Datin Seri Diraja Tengku Maliha Tengku Ariff.

Mukhriz berkata, penyertaan Malaysia pada expo dunia seperti ini merupakan peluang untuk Malaysia termasuk Kedah mempamerkan pelbagai produk pelancongan serta produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Justeru beliau berpendapat Malaysia perlu menyertai lebih banyak expo seperti itu pada masa hadapan secara lebih teratur dan strategik.

“Kita mahu tonjolkan kepada warga dunia bahawa Malaysia ini walaupun sejak sekian lama terlibat dalam pertanian namun kita juga mempunyai teknologi tinggi, seperti di Kedah kita ada Taman Teknologi Tinggi Kulim, di mana ada syarikat besar dari seluruh dunia yang melabur di situ,” katanya.

Malaysia merupakan antara 148 negara yang menyertai expo selama enam bulan bermula 1 Mei lepas itu yang antara lain mempunyai objektif mempromosi keselamatan dan teknologi makanan.

Expo berkenaan menyasarkan kehadiran sebanyak 20 juta pengunjung.

Sempena lawatan berkenaan, Mukhriz turut dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat perubatan Itali untuk mempelawa mereka melabur di Kedah. – BERNAMA

Tags: LangkawiMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd