• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Masuk Hospital Bahagia

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - “I feel guilty, I want to see imam, I want to ask sorry (forgiveness). Can you call imam to come here? I feel very guilty”.

(Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta ampun. Boleh tak anda panggil imam datang sini. Saya berasa sangat bersalah.)

Demikian kata-kata Shabir Ahmad Khan, 31, lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat di masjid itu 2 minggu lalu.

Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret juga bertindak menepuk pipinya sendiri beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia didakwa di atas tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, mengganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan namun pengakuannya tidak diterima oleh majistret setelah dia kelihatan keliru.

Siti Radziah sempat bertanya kepada tertuduh sama ada dia mengetahui bahawa dia kini berada di mahkamah dan didakwa kerana mencederakan imam, tertuduh kemudian mengangguk sambil berkata: “Because I slapped imam.” (kerana saya menampar imam).

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pengakuan tertuduh yang kelihatan dalam keadaan keliru, asyik menundukkan kepala dan sering menyatakan kekesalan, Siti Radziah memerintahkan Shabir dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama 1 bulan.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama Shabir didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada imam Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 1 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada pukul 1.30 petang, 18 September lalu.

Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum 5 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mnWIyWLbvDE

Tags: Masjid Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

07/12/2025
0

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Masjid Negara Adakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Untuk Kanak-Kanak

21/11/2015
0

KUALA LUMPUR - Seramai 57 kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd