• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: JDT II Lebur Rekod Tanpa Kalah Kedah

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Juara Liga Perdana, Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi ketiga Kumpulan A kempen Piala Malaysia 2015 di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Kekalahan pertama skuad ‘Helang Merah’ itu, bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan mereka di tangga kedua kumpulan A walaupun berkongsi empat mata bersama JDT II selepas tiga perlawanan, menerusi kelebihan jaringan.

Pada aksi malam ini, penyerang Zaquan Adha Abdul Radzak muncul wira skuad ‘Harimau Selatan’ selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan pelawat pada minit ke-78 selepas beliau bijak memanfaatkan hantaran daripada kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi yang disaksikan hampir 25,000 penyokong Kedah dan sebahagian kecil penyokong pasukan pelawat.

Dua gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Sandro Da Silva pada minit ke-37 dan Chidi Edeh pada minit ke-54, manakala JDT II meraih gol menerusi tandukan Mohd Shahril pada minit ke-14 dan pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-45.

Skuad ‘Helang Merah’ bakal melayan kunjungan wakil kelab Singapura, Lions XII di venue yang sama, Jumaat ini manakala JDT II dijadual menentang Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu, selang sehari kemudian. – BERNAMA

ligaM

https://www.youtube.com/watch?v=2X6qQC3ta-4

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Parkir Dikurangkan Untuk Atasi Kesesakan Di KL

Next Post

JDT Berdepan Laluan Sukar Ke Final Piala AFC 2015

Related Posts

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

Next Post

JDT Berdepan Laluan Sukar Ke Final Piala AFC 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd