• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPNM Bakal Tubuh Kursi Pengajian Onn Jaafar

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal menubuhkan Kursi Pengajian Onn Jaafar yang akan memberi tumpuan kepada pengajian keamanan dan perpaduan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penubuhan kursi pengajian itu adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam menghadapi pelbagai ancaman serta cabaran baharu pada masa kini.

Beliau berkata UPNM pada hari ini memutuskan untuk mewujudkan kursi itu dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat. Datuk Onn Jaafar ialah pengasas UMNO.

“Penubuhan kursi pengajian berkenaan bertepatan dengan masa ketika negara berdepan dengan pelbagai ujian termasuk perkembangan pesat media sosial yang boleh mengubah landskap dunia,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Kempen Keamanan dan Perpaduan bersama warga UPNM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Menurutnya, penubuhan kursi pengajian itu tidak bermaksud perpaduan negara semakin kritikal malah ia adalah cara untuk memupuk perpaduan mengikut zaman sekarang menggunakan kaedah baharu.

“Seperti yang kita sedia maklum bahawa keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini tidak datang secara bergolek.

“Ia menuntut untuk kita sentiasa prihatin dan lakukan apa sahaja untuk tidak membenarkan isu-isu semasa menjejaskan apa yang kita telah warisi,” katanya.

Hishammuddin berkata kepakaran yang sedia ada terutamanya dalam bidang pertahanan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan pengajian ini menepati keperluan dan kehendak semasa seterusnya menjadi medan rujukan buat para ilmuan dan masyarakat umum.

Katanya pada masa yang sama ia dapat memberi manfaat terutama dalam penemuan formula baharu dan dokumentasi bermakna untuk mengukuhkan keamanan dan perpaduan di negara ini.

Sementara itu, Hishammuddin amat yakin keputusan Wisma Putra memanggil Duta Besar China di Malaysia, Dr. Huang Huikang bagi mendapatkan penjelasan kenyataannya yang dilihatkan seakan mencampuri urusan dalam negara ini tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

“Apa yang penting sekarang adalah usaha untuk memastikan hubungan Malaysia dan China yang telah lama terjalin dapat diperkukuhkan dan bertambah baik,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan semalam berkata Duta Besar China itu dipanggil ke Wisma Putra bertujuan meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya yang dikeluarkan semasa lawatan ke Jalan Petaling di sini baru-baru ini telah disalah tafsir.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin juga mengulas isu pengambilalihan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand antara pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“Sekarang ini kita masih belum buat keputusan lagi dan sedang memantau insiden pengeboman di Bangkok, Thailand yang memerlukan kita meneliti kawasan tertentu di sana dan tindakan proaktif telah diambil daripada insiden semasa,” katanya.

Letupan bom 17 Ogos lalu di Kuil Erawan di Bangkok, Thailand, meragut 20 nyawa termasuk lima rakyat Malaysia dan menyebabkan 123 orang tercedera. – BERNAMA

Tags: HishammuddinUPNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd