• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ancaman Militan Di Jalan Alor – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Jalan Alor di Bukit Bintang di sini telah dibersihkan daripada sebarang kemungkinan ancaman militan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lokasi dan kawasan sekitarnya kini dipantau rapi oleh polis.

“Kami ingin memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak polis sentiasa bersiapa siaga bagi menentukan tidak ada sebarang ancaman keganasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan fasa pertama sidang pleno Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) kali ke-10 di sini hari ini.

Laporan berita pada Khamis menyebut Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia telah mengeluarkan nasihat perjalanan berhubung kemungkinan serangan pengganas di Jalan Alor dan kawasan sekitar yang mereka percaya boleh berlaku pada hari berkenaan.

Berikutan itu, pada hari yang sama, polis menangkap tiga lelaki terdiri daripada seorang rakyat tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Syria bagi membantu dalam siasatan mereka.

Ahmad Zahid juga berterima kasih kepada perisikan Amerika Syarikat atas kerjasama mereka dengan Polis Diraja Malaysia berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun isu mengenai jerebu tidak berkaitan secara langsung dengan AMMTC, Ketua Polis Nasional Indonesia Polis Jeneral (Pol), Badrodin Haiti membawa isu itu untuk perhatian pada mesyuarat itu dan menekankan mengenai komitmen mereka bagi menyelesaikan keadaan itu.

Berhubung perkara itu, Ahmad Zahid berkata para pemimpin ASEAN yang berhimpun dalam AMMTC kali ke-10 telah melahirkan penghargaan mereka berhubung komitmen Indonesia dan berharap ia akan diterjemahkan dalam tindakan yang tegas.

Sebelum itu, Haiti berkata sejumlah 40 daripada 210 siasatan yang dijalankan berhubung isu pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah selesai untuk proses pendakwaan. – BERNAMA

Tags: MilitanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd