• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fail Permohonan Rujuk Kes Hasutan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran hari ini menfailkan permohonan bagi merujuk kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Lateefa Koya memaklumkan perkara berkenaan ketika kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Okt ini untuk mendengar permohonan Surendran.

Lateefa ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya menfailkan permohonan itu bagi memohon hakim Mahkamah Sesyen mempertimbangkan sama ada terdapat persoalan perlembagaan berkenaan Akta Hasutan yang patut dirujuk di Mahkamah Tinggi sebelum kes itu dibicarakan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu pihaknya akan membuat bantahan awal terhadap permohonan tersebut.

Pada 28 Ogos lepas, Surendran, 48, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat dibaca di laman sesawang Youtube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara 2 petang hingga 4 petang, 8 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutankes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd