• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Akui Jemaah Mereka Punca Tragedi Rempuhan Mina

oleh
01/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Insiden berdarah rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis minggu lalu rupa-rupanya akibat perbuatan sekumpulan 300 jemaah Iran tidak berdisiplin menongkah arus di laluan pergerakan bertentangan.

Perkara cukup mengejutkan itu didedahkan pegawai Iran yang disiarkan akhbar berbahasa Arab ternama, Asharq al-Awsat pada Ahad lalu dan turut dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris terkenal di Arab Saudi, Arab News.

Menurut harian tersebut, pihak berkuasa Iran dalam siasatan tragedi itu mengesahkan, kira-kira 300 jemaah negara berkenaan tiba-tiba muncul datang dari arah berlawanan di Jalan 203 menyebabkan rempuhan berlaku.

“Kesalahan itu mula dikesan apabila kumpulan tersebut bergerak dari Muzdalifah terus menuju ke Jamarat, untuk lontar batu di tiang jamrah; padahal mereka sepatutnya pergi dulu ke khemah penempatan jemaah Iran,” katanya.

Amalan duduk sementara di khemah adalah perkara biasa dilakukan semua negara dan jemaah perlu menunggu kebenaran untuk bergerak ditetapkan ketua kumpulan masing-masing, namun anehnya ia tidak pula berlaku.

“Mereka langsung bergerak ke Jalan 203 untuk melontar di Jamarat Al-Aqba sekali gus mengakibatkan rempuhan berlaku dengan kumpulan jemaah lain yang berada di laluan itu,” katanya yang juga disiarkan portal Sabq.org.

Sumber Iran itu menyatakan, apabila keadaan sedemikian timbul, sepatutnya jemaah negara tersebut boleh sahaja bergerak mengikut arus tetapi mereka langsung tidak bergerak menyebabkan tekanan pergerakan jemaah lain.

“Kumpulan ini sebaliknya memutuskan untuk segera berpatah balik dan ketika itulah berlaku rempuhan dengan arus bertentangan yang cukup sesak kerana lebar jalan tersebut pula hanya 20 meter,” kata pegawai Iran berkenaan.

Sumber Arab Saudi menjelaskan, ketika kejadian itu sepatutnya waktu pergerakan jemaah Turki, namun jemaah Iran dilaporkan tidak mengikut waktu ditetapkan seolah-olah enggan mengalah bagi memberi ruang jemaah lain.

Asharq al-Awsat melaporkan, ada banyak kamera litar tertutup di sekitar Jamarat yang mendedahkan lebih terperinci insiden itu dan mengesahkan jemaah haji Iran memang sengaja bergerak pada arah langsung salah.

Sumber akhbar berkenaan malah menyatakan, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sudah mengatur pelan kecemasan dengan pelbagai agensi kerajaan jika berlaku kesesakan termasuk arah aliran pergerakan jemaah.

Malangnya kumpulan jemaah Iran enggan mematuhi peraturan tersebut apabila bergerak pada waktu dikhaskan untuk jemaah dari negara lain menyaksikan 769 jemaah haji mati syahid dalam insiden rempuhan berkenaan.

Ini termasuk 136 jemaah Iran sendiri selain 87 rakyat Maghribi dan 55 warga Mesir serta jemaah haji pelbagai negara lain termasuk seorang dari Malaysia. Jumlah mangsa yang cedera pula dilaporkan ialah 934 orang.

Ini kejadian kedua terburuk selepas insiden rempuhan sama di dalam terowong Muasseim di Mina pada 2 Julai 1990 yang meragut 1,426 nyawa; kebanyakannya jemaah dari negara-negara Asia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiHajiMina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd