• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Hantar 380 Polis Untuk Misi Pasukan Pengaman PBB

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Malaysia telah berjanji untuk menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Bercakap pada Sidang Kemuncak Pengaman PBB di sini Isnin (Selasa di Malaysia), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan itu akan menjadi sebahagian daripada Polis PBB.

Beliau berkata kumpulan tempur infantri, bersama-sama dengan unit kejuruteraan akan juga dihantar dengan segera membantu misi pengaman.

Najib berkata Pusat Pengaman Malaysia bertempat di Port Dickson setakat ini melatih lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi hos bersama sidang kemuncak pengaman bagi mendapatkan sokongan dan komitmen daripada pemimpin-pemimpin dunia ke arah operasi pengaman PBB yang lebih berkesan.

Antara tokoh-tokoh penting yang hadir pada sidang kemuncak itu ialah pemimpin dari China, Kesatuan Eropah, Itali, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan United Kingdom.

Najib berkata sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Kumpulan Tentera ASEAN Yang Bersiap Sedia mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana untuk dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan krisis di rantau ini.

“Kami percaya tentera ASEAN boleh memainkan peranan yang penting sebagai responder pertama kepada cabaran di rantau ini menerusi pelaksanaan berkesan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan,” katanya.

Najib berkata sejak 1960, Malaysia telah menyertai 35 misi pengaman PBB melibatkan lebih 29,000 anggota tentera dan polis.

Beliau berkata pada masa ini, pasukan pengaman Malaysia mengambil bahagian di Sahara Barat, Congo, Lebanon, Liberia, Abyei dan Darfur. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd