• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rempuhan Mina: Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Seorang jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah (24 Sept) lepas setelah dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Jemaah haji berkenaan, Zulkifly Samad, 50, beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor. Allahyarham berasal dari Johor.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Tabung Haji (TH) dalam makluman awalnya mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang telibat dalam rempuhan itu berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal penempatan jemaah haji.

“Pihak Tabung Haji telah membuat semakan dan pengumuman melalui siar raya di khemah jemaah pada 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) sehingga 3 petang pada hari kejadian.

“Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan sebarang kehilangan jemaah (Malaysia) pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Asyraf Wajdi berkata pada kira-kira 11 malam (waktu Arab Saudi) hari kejadian itu, isteri Zulkifly, Suriahanim Abd Hamid, telah membuat laporan kepada TH bahawa suaminya tidak pulang ke khemahnya.

Dalam laporan itu, Suriahanim mengakui bahawa suaminya tidak bersama-sama dengan jemaah Malaysia TH dari Muzdalifah kerana mahu berjalan kaki ke Mina sebagai mengikut Sunnah Rasullulah.

Menurut Suriahanim panggilan telefon terakhir yang dibuatnya kepada Zulkifly ialah pada 7.15 pagi, 10 Zulhijjah dan suaminya memaklumkan bahawa beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah negara-negara lain dari Muzdalifah.

Asyraf Wajdi berkata selepas menerima aduan Suriahanim, para petugas TH memulakan usaha mencari Zulkifly di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina.

“Pada 1.30 tengah hari tadi, pasukan perubatan TH melakukan tinjauan di rumah mayat Muaissem di mana mereka telah menemukan satu jenazah sempurna rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu,” katanya.

Pasukan perubatan TH telah mengesahkan identiti jenazah itu berdasarkan identifikasi yang terdapat pada tubuhnya, kata Asyraf Wajdi.

“Pihak Tabung Haji mengesahkan bahawa jenazah itu ialah Zulkifly Samad,” katanya.

Seramai 717 jemaah haji terkorban setakat ini dalam kejadian rempuhan itu yang berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd