• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muntah Ikan Paus Sebesar Bola Ragbi Dilelong RM73,503

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di pantai dijual pada harga £11,000 (RM73,503) dalam satu lelongan di sini kelmarin.

Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales, Britain pada awal tahun ini.

Ambergris yang boleh dijadikan bahan dalam pembuatan minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.

Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.

“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.

“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.

Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.

Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia ambergris dilelong.

Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu daripada benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.

Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.

Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=hbjbAMj0kSk

 

Tags: Ikanpelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Seru Rakyat ‘Bangun Selamatkan Negara’ Kedengaran Pelik – Ti Lian Ker

PM Anwar Seru Rakyat ‘Bangun Selamatkan Negara’ Kedengaran Pelik – Ti Lian Ker

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk 'bangun selamatkan negara' mengundang persoalan daripada bekas...

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd