• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Ditahan Selepas 30 Minit Larikan Kereta Mewah

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan menjumpai kembali sebuah kereta mewah yang dilarikannya dalam satu kejadian langgar dan samun pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata suspek ditahan sepasukan anggota polis di sebuah stesen minyak di Ampang, kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut Shafien, dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, kereta Audi TT milik seorang juruterbang berumur 29 tahun dilanggar dari belakang oleh suspek yang menaiki sebuah kereta bersama dua lagi rakannya yang masih bebas di susur keluar Lebuh Raya Shah Alam ke Kota Kemuning.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa berhenti dan keluar daripada kereta, malangnya beliau cuba diserang oleh suspek menggunakan parang.

Berikutan itu, mangsa melarikan diri dan beliau melihat suspek melarikan keretanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Pada majlis itu, sejumlah 16 ekor lembu disembelih dan diagih-agihkan kepada kira-kira 300 orang yang hadir termasuk penghuni beberapa rumah anak yatim di sekitar Shah Alam.

Shafien berkata siasatan polis mendapati kereta BMW yang digunakan suspek dan rakannya dalam kejadian samun itu merupakan kereta yang dilaporkan dicuri pada hari sama di Subang.

Polis kini giat mengesan dua lagi lelaki rakan suspek yang berusia lingkungan 20-an dan kes disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd