• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orkid Jadi Tarikan Utama Pelancongan Sabah

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mahu bunga orkid dijadikan antara tarikan utama sektor pelancongan negeri ini.

Beliau berkata Sabah memiliki kira-kira 54 peratus daripada koleksi tumbuhan orkid yang terdapat di Pulau Borneo dengan 870 spesies orkid boleh didapati di Taman Kinabalu, sekali gus menjadikannya kawasan terluas penanaman orkid di dunia.

“Saya harap ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk menarik lebih ramai pelancong dan pengemar bunga ke Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Orkid Borneo di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Masidi berkata kerajaan melalui Jabatan Hidupan Liar dan Pusat Biodiversiti turut melarang pengeksportan beberapa jenis bunga orkid bagi menjamin ia tidak akan pupus.

Beliau juga berkata hasil penyelidikan yang dijalankan dengan kerjasama pihak swasta, berjaya menemui spesies orkid yang baharu dikenali sebagai ‘kipandiorchis jaminusii’.

Mengenai pameran itu, Masidi berkata ia dapat mendidik dan mengajak masyarakat untuk melihat spesies bunga orkid liar serta hybrid (kacukan) yang terdapat di negeri ini.

Pameran yang bertemakan ‘Syurga Orkid di Sabah’ berlangsung selama dua hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: orkid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd