• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Rempuhan Di Mina

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH — Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu.

“Jadual melontar bagi jemaah haji Malaysia ditetapkan selepas 5.30 petang dan 8 malam ini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata jarak tempat kejadian rempuhan itu dengan kawasan perkhemahan jemaah Malaysia adalah kira-kira tiga hingga empat kilometer.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini seramai 310 jemaah maut dan 450 lagi cedera dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina, katanya.

Sehubungan itu, lapan pos kawalan jemaah haji sedia ada yang dilaksanakan Tabung Haji di Mina akan dipertingkatkan lagi tahap pemantauan dan kawalan ke atas jemaah haji negara ini.

“Tabung Haji bagaimanapun masih membuat semakan berterusan di perkhemahan jemaah haji Malaysia,” katanya.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.

Lebih tiga juta jemaah dari seluruh dunia termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah haji.

Bagaimanapun, majoriti jemaah haji termasuk jemaah Malaysia masih berada di Mina untuk mengerjakan ibadah melontar selepas bermabit iaitu berada seketika
atau bermalam di Muzdalifah malam tadi.

Mereka yang tiba secara berperingkat ke Mina dari Muzdalifah itu memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada Khamis selepas terbit fajar subuh.– BERNAMA

Video pertama kejadian rempuhan Mina yang akibatkan lebih 300 kematian…..lebih berita, layari http://mynewshub.cc/

Posted by Mynewshub on Thursday, September 24, 2015

Tags: MakkahMina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd