• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rempuhan Mina – Angka Korban Meningkat 310 Orang

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKINI : Angka korban tragedi rempuhan jemaah haji di Mina meningkat kepada 453 orang, cedera 719 – Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi

KUALA LUMPUR — Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 310 orang, menurut agensi berita Reuters.

Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Makkah.

Agensi berita itu kali terakhir insiden rempuhan besar seperti itu berlaku pada musim haji 2006 dengan sekurang-kurang 346 jemaah terbunuh.

Terdahulu, wartawan Bernama, Mohd Shukri Ishak telah melaporkkan dari Makkah bahawa lebih tiga juta jemaah termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Tragedi itu berlaku ketika sejumlah besar jemaah berasak-asak di Jalan 204, di pusat perkhemahan Mina yang merupakan satu daripada dua jalan utama menuju ke kawasan melontar jamrah yang terletak beberapa kilometer ke timur Makkah.

Jemaah biasanya akan menginap dalam bandar perkhemahan yang dibahagikan mengikut zon untuk negara-negara beberapa hari sebelum memulakan ibadat melontar pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.– BERNAMA

Tags: MakkahMina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd