• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesak Teruk Sebab Eira Syazira, Azad Jazmin Kemalangan?

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA perasaan yang dapat digambarkan oleh pelakon Azad Jazmin selain bersyukur kehadrat Ilahi apabila dia sekeluarga terselamat dalam satu tragedi kemalangan berdekatan Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lalu.

Bercerita mengenai detik cemai yang dilalui, Azad memberitahu kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia, isteri, anak perempuan dan adik lelakinya sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Menurut Azad, kemalangan itu berpunca daripada kesan minyak tumpah di luar terowong.

kereta azad

“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas.

“Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya.

“Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu.

“Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika,” katanya kepada BH Online.

Alahai, kesian Azad dan Eira… dalam keadaan masih terkejut dan trauma selepas kejadian itu, ada pula insan yang tidak memahami dan mementingkan diri.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Eira Syazira
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eira Syazira Bakal Berpindah Ke Jakarta

22/04/2018
0

SELEPAS tiga tahun menangguh tawaran dari syarikat pengurusan artis Indonesia untuk berhijrah ke negara itu, pelakon, Eira Syazira akhirnya membuat...

Baby Girl… Eira Syazira, Azad Jazmin Timang Anak Ketiga!

04/01/2018
0

TAHNIAH... Kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jazmin di atas kehadiran insan baru dalam keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd