• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan Foto Dapat Sambutan Hangat

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan di laman sosial Facebook peribadi beliau mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 foto.

Empat individu dinobatkan pemenang utama terdiri daripada dua pelajar dan dua guru yang menerima hadiah tablet Samsung Galaxy Tab 4, Apple iPod dan telefon pintar jenama Lenovo, sumbangan peribadi Kamalanathan.

Berucap pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di pejabat beliau hari ini, Kamalanathan berkata beliau menganjurkan pertandingan berkenaan dengan objektif menyemarakkan semangat patriotisme.

“Ini adalah inisiatif peribadi saya sendiri bagi menggalakkan semangat patriotisme melalui aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Pemenang pertama merupakan pelajar, Ahmad Aqil Mohamed Ali dengan foto Jalur Gemilang yang dikibarkan di Tembok Besar China memenangi tablet Samsung Galaxy Tab 4.

11040949_1032664076777965_2396324863391587411_n

Beliau bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis itu kerana perlu bersiap untuk berlepas ke luar negara bagi menyambung pengajian.‎

Tempat kedua dimenangi guru, Noorjahan Sultan, 44, dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Pahang yang menerima telefon pintar jenama Lenovo.

Seorang lagi guru, Muhamad Azizul Rahim Musa, 35, dari Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh membawa pulang Apple iPod sebagai hadiah tempat ketiga.

Pemenang keempat pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Bandaraya, A. Muthu Barathim, 17, juga menerima Apple iPod. – BERNAMA

Tags: P.Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamalanathan Nafi Kuota Pelajar India ‘One-Off’ Zaman BN

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee Malik berhubung tawaran 2,200 tempat kepada pelajar...

1,214 Sekolah Laksana Program Dwibahasa

03/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) yang mengukuhkan Bahasa Inggeris berasaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd