• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 2 Lagi Mangsa Kren Tumbang Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah dua lagi jemaah Malaysia yang telah disahkan turut terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, selamat dikebumikan di Makkah.

Jenazah Shahidan Saad, 52, dan Abdul Habib Lahman, 68, yang telah disahkan oleh waris mereka semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada’ pada 7.45 malam (waktu tempatan).

Pengebumian jenazah kedua-dua jemaah yang berasal dari Kedah itu; Shahidan dari Kodiang dan Abdul Habib dari Sik, dihadiri isteri serta waris masing-masing.

Turut berada di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada’ untuk pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Tan Sri Hashim Meon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Proses pengecaman dua jemaah berkenaan dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina.

Abang Shahidan, iaitu Sobri serta adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di Makkah pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA.

Asyraf Wajdi dalam sidang media berhubung perkara itu di Makkah semalam berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan pada usaha mempercepat proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah (Kelantan); Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai (Kelantan); Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku (Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. – BERNAMA

Tags: kren tumbangMakkah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd