• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rani Kulup Rakam Lagu Duet ‘Kipidap’ Bersama Radhi OAG

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecap ‘Raja Report Malaysia’ iaitu Abdul Rani Kulup kini persis seorang selebriti.

Buktinya, aktivis popular ini bukan sahaja diundang ke sebuah stesen radio dan rancangan ‘Super Spontan Musim-4’, malah turut berpeluang merakamkan lagu duet bersama Radhi OAG dan Neves (Pretty Ugly).

Uniknya, slogan yang cukup sinonim dengan Rani Kulup iaitu ‘Kipidap’ dipilih menjadi title bagi lagu single duet itu.

Lagu ‘Kipidap’ hasil gubahan bersama oleh Neves dan Amad Karyawan ini membawakan konsep Poppish yang kedengaran sangat ‘catchy’ dan turut diiringi muzik dari kumpulan The Cekelat Cedap.

Menurut pengurus produksi lagu single itu, Amad, lirik lagu ini lebih bersifat motivasi dan mengajak masyarakat bergerak untuk maju.

“Slogan ‘kipidap’ diterima oleh semua penyokong politik tidak kira parti mana dan Rani Kulup adalah ikon. Projek ini suatu eskapisme untuk kita bertenang setelah serabut dengan kerenah politik,” ujarnya.

Difahamkan, CD single lagu berkenaan akan dijual dalam bentuk pakej bersama komik, juga bertajuk ‘Kipidap’.

Dalam komik itu, Rani digambarkan sebagai seorang yang cintakan keamanan dan sering membantu mereka yang kesusahan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysia Kini

https://www.youtube.com/watch?v=kMDljW1WTBg

Tags: Abdul Rani Kulupradhi oag
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu ‘Gembirakan’ Rakyat, Baru Rakyat ‘Tak Buat Bunyi’

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan diseru mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin. Presiden Pertubuhan...

Radhi OAG ‘Hangus’ Setengah Juta Beli Dadah

03/12/2017
0

BAHANA dadah....bukan sahaja diri sendiri dan hubungan kekeluargaan terjejas, malah duit simpanan hasil penat lelah mencari rezeki turut lesap! Radhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd