• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ketiga Wabak Anjing Gila Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini mengesahkan satu lagi kes anjing gila menjadikannya kes ketiga setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata kes dikesan di Balik Pulau pada Jumaat lalu.

Ia membabitkan seorang lelaki berusia 65 tahun di kawasan kampung, katanya.

“Mangsa telah diberi suntikan vaksin dan kini berada dalam keadaan stabil, tetapi keadaanya harus dipantau dari semasa ke semasa.

“Pemantauan harus dilakukan dalam tempoh yang panjang kerana virus hanya mengeluarkan tanda pada badan mangsa dalam lingkungan antara 30 hingga 60 hari,” katanya.

Dr Zailan berkata anjing liar tersebut telah ditangkap dan dihapuskan.

Beliau juga berkata pihak kesihatan negeri sedang dalam proses untuk menempah sejenis serum iaitu ‘immunoglobulin’ yang akan memberi mangsa antibodi untuk melawan virus anjing gila.

“Sebanyak 10 dos serum tersebut akan sampai Rabu ini dengan setiap dos bernilai lebih RM300,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir berkata sehingga semalam, sebanyak 283 ekor anjing liar telah dimusnahkan.

Beliau berkata sebanyak 26 kes gigitan anjing telah dilaporkan sejak 14 Sept lalu dengan enam kes dilapor semalam.

“Daripada 26 kes itu, tujuh ekor anjing telah berjaya ditangkap dan tiga daripadanya yang positif telah dimusnahkan manakala selainnya masih dalam kuarantin,” katanya.

Dr Siti juga berkata pihaknya masih mempunyai lebih kurang 127 dos vaksin dengan stok baru hanya akan sampai awal bulan depan. – BERNAMA

Tags: anjing gilaPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd