• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Pegawai Maybank Tanah Merah Yang Keterlaluan

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA minggu lepas, saya telah mengambil borang untuk staf saya bagi membuka akaun simpanan peribadi memandangkan semua urusan pembayaran gaji syarikat melalui cek Maybank.

Dan semasa di kaunter pertanyaan. Saya dimaklumkan jika ada surat dari pihak syarikat yang dia bekerja, maka perlu deposit RM50 sahaja. Berbanding prosedur biasa RM250. Ini memudahkan staf saya memandangkan dia baru sahaja bekerja.

Selang sehari selepas itu, saya pergi sekali lagi ke cawangan tersebut dan berjumpa dengan seorang lagi staf maybank yang lain bertanyakan betul atau tidak kalau saya buat surat syarikat. boleh deposit RM50 sahaja. Beliau mengatakan “YA BETUL”.

Pagi tadi 20hb September 2015, pukul 9 pagi. Staf saya pergi ke cawangan tersebut untuk menghantar borang yang sudah diisi. Staff lelaki di kaunter 1 merujuk ke pegawai wanita di belakangnya berserta surat dari syarikat saya.

Malangnya pegawai wanita tersebut mengherdik dengan mengatakan “Syarikat awak kerja bukanlah syarikat besar-besar macam di KL.” Dia menambah, “bukan duit beribu-ribu pun masuk.” Lalu beliau mengarahkan pekerjanya di kaunter tadi untuk mengekal seperti prosedur asal iaitu RM250.

Sikap pegawai wanita tersebut sungguh keterlaluan. Menghina syarikat kecil saya serta memalukan staf saya di hadapan orang. Saya agak kecewa dan terguris memandangkan semua syarikat dan anak syarikat saya merupakan pelanggan setia Maybank.

Staf saya terpaksa balik kerumah orang tuannya untuk meminjam RM200 bagi urusan tersebut. Ini menyusahkan staff saya yang menaiki motor jauh ke rumah.

Ini bukan soal RM50 atau RM250. Tapi sikap pegawai tersebut yang anguh, sombong, dan memalukan jenama besar seperti Maybank!

Jika kami salah, mohon diberitahu dengan cara baik. Apatah lagi sudah 2 kali saya bertanya dengan 2 orang staf Maybank sebelum saya buat surat tersebut!

Jangan ingat kamu seorang pegawai, kamu boleh mengherdik syarikat kecil seperti kami. Kamu mungkin tidak tahu syarikat besar bermula dari syarikat kecil seperti kami.

Saya akan buat surat rasmi untuk dihantar ke ibu pejabat Maybank Kuala Lumpur.

Sekian,
Hilmi Ariffin

Sumber: Facebook Hilmi Arifin

https://www.youtube.com/watch?v=MpylnPffrnk

Tags: aduan penggunaMaybank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan...

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

06/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd