• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Masih Upaya Bayar BR1M – Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
20/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan masih berupaya untuk membuat bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini kepada penerima mulai esok, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kedudukan kewangan negara sekarang masih kukuh dan proaktif.

“Mengenai bayaran BR1M, jangan risaulah, kerajaan masih berupaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Pembayaran peringkat akhir BR1M 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 Sept bersempena sambutan Aidiladha pada Khamis ini.

Melalui pengumuman Bajet 2015, pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat dengan peringkat pertama pada 15 Jan dan peringkat kedua pada 28 Mei.

Dalam pada itu, Ahmad Husni tidak menolak kemungkinan kadar bayaran BR1M akan dinaikkan pada tahun depan untuk semua kategori penerima.

Katanya kerajaan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuk BR1M dalam Bajet 2016 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Okt ini.

“Kita (kementerian) sedang menyediakan bajet. Buat masa ini kami melihat kepada kumpulan berpendapatan paling rendah. Mungkin (ada) tambahan kepada pendapatan isi rumah yang paling rendah…,” katanya.

Beliau berkata apa yang sedang dihadapi setiap negara di dunia ketika ialah kejatuhan nilai mata wang masing-masing dan kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani perkara itu.

“Pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi, tetapi memadai bagi kerajaan menggunakannya untuk mentadbir dan membuat perbelanjaan pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad HusniBR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd