
SEORANG lelaki dari Yorkshire, Britain menanggung malu akibat mengalami ereksi melampau selama lima hari gara-gara menelan 35 pil viagra dalam satu masa.
Daniel Medforth, 36, terpaksa dimasukkan ke hospital selama dua hari akibat perbuatannya itu.
Mengakui kesakitan yang dialami kepada isteri, Daniel turut menceritakan pengalamannya dirawat di hospital.
“Sebaik menelan 35 biji pil itu, saya berasa sakit, pening selain mengalami ereksi melampau yang tidak boleh dihilangkan.
“Paramedik sangat profesional walaupun ada ketikanya mereka macam hendak ketawakan saya,” katanya.
Daniel bernasib baik tidak mengalami sebarang komplikasi kerana pengambilan pil yang berlebihan boleh membawa maut. – MYNEWSHUB.CC
Viagra Gone Wrong Prank
https://www.youtube.com/watch?v=W2M_YKqljUY

