• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Dihempap Bas Ekspres Di Lebuhraya PLUS

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Buloh – Seorang lelaki yang juga penumpang kereta maut sejurus kenderaan dinaiki dihempap bas ekpres di kilometer 445.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur Rawang, 3 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Tee Lai Peng, 35, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa merempuh sebuah kenderaan di hadapan menyebabkan pemandu hilang kawalan.

Pada masa sama, sebuah bas ekspres yang berada di belakang cuba mengelak lalu merempuh besi penghadang sebelum terbalik menghempap kenderaan mangsa.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rawang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.39 pagi.

“Sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja menyelamat.

“Pihak kami mengambil masa satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Terdapat 26 penumpang bas ekspres, seorang dilaporkan parah manakala lima lain cedera,”katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=jEc6q1vPUrQ

 

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd