• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Anjing Gila: Kekurangan Bekalan Vaksin Anti Rabies

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketika bahagian utara negara dilanda wabak penyakit anjing gila, pencinta anjing kini berdepan dengan satu lagi masalah iaitu kekurangan bekalan vaksin anti rabies.

Bekalan vaksin itu yang diimport hanya akan tiba di Pulau Pinang pada bulan depan.

Menurut salah sebuah syarikat utama yang membekalkan vaksin berkenaan ke seluruh Malaysia, bekalan semasa di seluruh negara hanya boleh menampung kira-kira 100 anjing dan ia telah dibekalkan berikutan wabak mengejut yang berlaku baru-baru ini.

“Pada masa ini, keadaan adalah sangat luar biasa. Permintaan mencecah sehingga ribuan untuk klinik haiwan swasta dan kerajaan,” kata seorang jurucakap.

Beliau berkata, kumpulan pertama bagi bekalan vaksi yang diimport dari Perancis akan tiba mengikut tiga peringkat dari Oktober sehingga Disember.

Sejak wabak yang berlaku, permintaan terhadap vaksin telah meningkat di Lembah Klang dan beberapa bahagian selatan di negara ini sebagao langkah pencegahan.

George Cheah yang menetap dekat sebuah klinik haiwan di Bukit Gelugor kecewa apabila tidak mendapat vaksi untuk anjing perliharaannya.

“Walaupun saya menjaga anjing saya di kawasan rumah, tetapi saya tidak mahu mengambil risiko terhadap rabies.

“Bagaimanapun, doktor haiwan mengatakan bahawa vaksin hanya akan tiba bulan depan,” katanya.

Cheah berkata, dia dimaklumkan mengenai kekurangan bekalan di kebanyakan klinik di Pulau Pinang.

“Saya tiada pilihan kecuali menunggu.”

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir menggesa orang ramai supaya tidak panik berikutan masalah kekurangan bekalan vaksin.

“Vaksin hanya merupakan langkah berjaga-jaga untuk melindungi haiwan, dan bukannya penyelesaian kepada mereka,” katanya.

Dr Siti Salmiyah mengingatkan pemilik anjing supaya memastikan haiwan perliharaan mereka berada dalam kawasan, dan memantau mereka sekiranya di luar rumah sebagai perlindungan dari terkena jangkitan rabies. – The Star Online

Tags: anjing gilaVaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd