• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Digigit Anjing Peliharaan Positif Rabies Di Kota Setar

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 53 tahun digigit anjing peliharaannya yang positif penyakit anjing gila (Rabies).

Pengarah jabatan itu Datuk Dr Norhizan Ismail berkata selepas kejadian itu berlaku pada 8.30 malam, 11 Sept lepas, wanita berkenaan mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Keesokannya, beliau ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk memaklumkan kejadian itu.

“Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengambil tindakan segera dengan memastikan wanita itu mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah dan diberikan suntikan vaksinasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wanita itu, yang berasal dari Kota Setar, dirawat sebagai pesakit luar namun perlu mendapatkan empat dos vaksin mencegah Rabies pada tarikh-tarikh ditetapkan dalam tempoh dua minggu.

Dr Norhizan berkata wanita itu juga dinasihati supaya sentiasa mengawasi tahap kesihatannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda dan gejala seperti demam atau sakit kepala.

Beliau berkata sehingga hari ini, tiada kes Rabies dalam kalangan manusia dilaporkan ke jabatan itu.

Sebelum ini, pihaknya menerima laporan mengenai sembilan kejadian gigitan anjing.

Pada Khamis, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan beberapa kes yang dikesan di negeri berkenaan. – BERNAMA

Tags: anjing gila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Catat Kes Kematian Ke-17 Jangkitan Rabies

01/06/2019
0

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Kuching, Sarawak disahkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies kira-kira jam 9.51...

Vaksin Percuma Cegah Penyakit Anjing Gila Di Miri

05/10/2018
0

MIRI – Kempen pemberian vaksin percuma bagi mencegah penyakit anjing gila atau rabies di bandar raya ini akan diadakan selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd