• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Kondominium Mewah, Tahan 16 Lelaki Leka Berjudi

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan pusat perjudian sehingga mampu mengaut keuntungan hampir RM500,000 setiap minggu dalam operasi khas di Jalan Persiaran Karpal Singh, di sini tengah malam tadi.

Serbuan pada 12.35 tengah malam oleh sepasukan tiga pegawai dan 19 anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu diketuai Pegawai Turus D7 DSP Yusri Osman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak empat minggu lepas, polis menyerbu rumah di tingkat 14 itu dan menahan 16 lelaki termasuk seorang warga asing berusia antara 22 dan 77 tahun.

“Semasa serbuan, 15 lelaki termasuk seorang warga Amerika sedang leka bermain judi jenis poker manakala penganjur iaitu seorang lelaki tempatan memantau mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ada antara mereka yang ditahan itu bekerja sebagai doktor, peguam dan pelajar universiti serta kolej swasta.

Turut dirampas ialah dua buah meja, sebuah komputer riba, dua buah modem, fail dokumen, 100 keping daun terup dan 857 keping cip pelbagai warna serta jenis.

“Mereka menggunakan cip itu sebagai wang semasa bermain Judi. Selain itu, polis turut merampas wang tunai milik pemain judi sebanyak RM6,541,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati rumah itu telah dijadikan tempat penganjuran Judi sejak beberapa bulan lepas.

Kes disiasat menurut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu bermain judi dalam bangunan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu membenarkan/menguruskan tempat judi. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd